Rabu, 7 April 2010

pendidikan

e-Buku ini yang berjudul:"At-Tarbiyyah fi As-Sunnah An-Nabawiyyah" (Pendidikan dalam Sunnah Nabi) ditulis oleh Abu Lubabah Husain, merupakan hasil kajian oleh Jabatan Pengajian Islam, Pusat Kajian dan Penyelidikan Ekonomi dan Sosial, Universiti Tunisia (1977).Kandungan buku:- Ciri-ciri Pendidikan Islam:1) Keimanan kepada Allah2) Pembelajaran dan Hafazan Al-Quran3) Pembelajaran Sunnah4) Amalan Islam (Fardhu Ain)5) Pendidikan Jasmani- Keistimewaan Pendidikan Islam- Matlamat Pendidikan Islam- Dari mana bermulanya Pendidikan Nabi- Hubungkait di antara Pendidikan dan Ilmu- Galakan Islam terhadap menuntut Ilmu- Pendidik:1) Tanggungjawab Pendidik2) Sifat-sifat seorang Pendidik3) Bila memperelokkan Pengajaran dan Pendidikan?4) Adab-adab seorang Pendidik5) Peranan guru dalam menanam nilai akhlak dalam diri murid6) Seharusnya seorang guru yang Muslim7) Bersikap penyayang dengan murid- Hukuman terhadap murid- Beberapa asas pendidikan dalam Sunnah Nabi:1) Bersikap adil2) Meraikan golongan sasaran3) Berperingkat-peringkat4) Tempoh pengajaran tidak panjang5) Pengulangan6) Penilaian murid7) Memberi perhatian terhadap soalan murid8) Menarik perhatian murid9) Pembelajaran korporatif sesama murid10) Peruntukan waktu rehat kepada murid- Adab-adab seorang murid- Percampuran (berlainan jantina)- Kesan Pendidikan Nabi

Isnin, 9 November 2009

happy

sifat baik

Dalam kehidupan seharian kita, ada satu sifat yang baik lagi mulia yang perlu kita terapkan dalam amalan dan perbuatan iaitu sifat suka bersedekah. Sedekah yang dimaksudkan di sini ialah memberi atau suatu pemberian sama ada berupa harta, wang ringgit atau tenaga kepada mereka yang sangat-sangat memerlukan terutama golongan fakir dan miskin. Sungguhpun kita banyak mengetahui dan memahami akan kebaikan bersedekah namun masih ramai di kalangan kita yang agak keberatan mengeluarkan sedikit harta untuk menyalurkan kepada mereka yang amat memerlukannya dengan ikhlas serta benar-benar ingin melakukan amalan bersedekah. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al Ma'aarif ayat 19 hingga 25 tafsirannya : "Sesungguhnya manusia itu dihadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut) ; Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah geliash; dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhli kedekut; kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang - iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya; dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum; bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta)."